Tuesday, 2 February 2016

Kecergasan Fizikal

KECERGASAN FIZIKAL



Kecergasan =  Situasi pada seseorang yang mempunyai kemampuan melakukan aktiviti fizikal dengan menggunakan tenaga yang minimun tanpa berasa letih

Ia merangkumi :-
  • fizikal
  • mental
  • emosi
  •  sosial
  •  rohani



Kecergasan fizikal terbahagi kepada dua iaitu ; 
Berlandaskan kesihatan
Berlandaskan kemahiran motor 



DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR
- Kemampuan dan kecekapan otot jantung, saluran darah (arteri, vena dan kapilari) & sistem pernafasan untuk membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan


FAEDAH LATIHAN
- Meningkatkan daya tahan kardiovaskular dan kecekapan otot jantung
- Mengurangkan risiko penyakit jantung
- Membakar lemak dalam badan
- Mengawal dan mengurangkan berat badan



Latihan Berkonsepkan Parcourse
- Diperkenalkan pada 1973 di Amerika Syarikat oleh Peter Stocker
-Ia merupakan gabungan beberapa aktiviti kecergasan di sepanjang stesen.
- Bertujuan untuk meningkatkan daya tahan dan kekuatan otot jantung.
- Latihan ini juga dapat meningkatkan daya tahan otot-otot rangka & menjadikan badan bertambah sihat & cergas

CONTOHNYA :-
Lompat Kuadran
  •  Bergayut di Palang
  •  Duduk Jangku Tangga
  •  Tegak Angkat Kaki
  •  Lompat Sentuh Palang
  •  Naik Turun Bangku 
  • Meniti Palang
LOMPAT SENTUH PALANG
  NAIK TURUN BANGKU

(TATACARA SEBELUM DAN SELEPAS LATIHAN DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR)


i) Mengambil & mengira kadar nadi
- Sebelum aktivit dijalankan, murid perlu mengira kadar nadi.
- Nadi boleh dikira di pergelangan tangan atau di arteri karotid (leher)
- Murid mestilah menggunakan jari telunjuk & jari hantu
- Hendaklah dilakukan dalam masa 1 minit dan dimulakan dengan kiraan 0
MENGAMBIL NADI DI PERGELANGAN TANGAN
ii) Aktiviti memanaskan badan
-Meningkatkan suhu badan adalah persediaan sebelum melakukan aktiviti bagi mengurangkan risiko berlakunya kecedaraan
- Aktiviti ini dilakukan dengan berlari setempat, berlari perlahan atau lari pecut di kawasan padang
- Di samping mengurangkan risiko kecedaraan pada otot & sendi, aktiviti regangan dilakukan untuk meningkatkan julat pergerakan

-Regangan dapat dilakukan dengan memberi tumpuan kepada otot-otot besar dari bahagian kepala hinnga bahagian kaki
- Aktivit ini melibatkan otot lengan & bahu ( trisep dan bisep), otot perut (rektus abdominis), otot paha ( rektus femoris & vastus medialis) serta otot betis ( gastrroknemius dan soleus)
 

iii) Aktiviti menyejukkan badan
- Hampir sama dengan aktiviti memanaskan aktiviti memanaskan badan pada intensiti yang rendah
- Murid perlu melakukan aktivit menyejukkan badan dari kepala hingga ke kaki pada bahagian otot atau sendi yang telah digunakan selepas melakukan aktiviti kecergasan



LATIHAN FARTLEK
- Berasal dari negara SWEDEN.
- Berkonsepkan pelbagai kelajuan seperti berjalan pantas, lari pecut, berjogung & berlari dalam kelajuan sederhana
- Ia dilakukan pada pelbagai tanah seoerti pasir, rumput, bukit & jalan raya


NUR HUDA BT MOHAMAD ROSLI
2 MALIKI